AM > BERITA

Bekalan Di PPS Cukup, Banjir Di Kelantan Terkawal - SUK

24/11/2025 11:43 PM

KOTA BHARU, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan Kelantan memberi jaminan bekalan barangan keperluan untuk mangsa banjir di seluruh negeri ini adalah mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata situasi banjir ketika ini juga masih terkawal dengan tertumpu di kawasan pesisir pantai seperti di Bachok, Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

"Kawasan selatan negeri ini seperti Gua Musang dan Kuala Krai pula tidak terjejas,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Sabak hari ini.

Tengku Mohamed Faziharudean berkata Kota Bharu mencatat jumlah PPS tertinggi setakat ini dengan 19 buah dan penduduk di kawasan pantai turut dinasihatkan agar berwaspada berikutan hujan lebat dijangka berterusan hingga 26 Nov.

“Kita nasihatkan orang ramai agar mematuhi arahan berpindah jika diminta pihak berkuasa demi keselamatan semua,” katanya.

-- BERNAMA


 
 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan