ARAU, 25 Nov (Bernama) -- Sebanyak 29 sekolah di Perlis melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepenuhnya hari ini susulan banjir yang menjejaskan kehadiran warga sekolah berkenaan.
Pengarah Pendidikan Perlis Rose Aza Che Arifin berkata ia melibatkan 17 sekolah rendah manakala selebihnya sekolah menengah, bagi memastikan sesi pembelajaran pelajar dan murid tidak terganggu.
“Saya sudah maklumkan melalui Facebook Jabatan dan melalui arahan YB Menteri bahawa sekolah yang terkesan boleh melaksanakan PdPR. Jika keadaan bertambah buruk, kita akan laksanakan PdPR untuk semua sekolah yang memerlukan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Rose Aza berkata 17 sekolah rendah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Mata Ayer; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Aik; SK Bintong; SK Sena; SK Jalan Raja Syed Alwi; Sekolah Rendah Islam I; SK Panggau; SK Behor Empiang; SK Jejawi; SK Dato’ Kayaman; SK Dato’ Wan Ahmad; SK Seri Tunjong; Sekolah Rendah Islam II; SK Padang Besar Selatan; SK Pauh; SK Padang Kota dan SK Titi To’ Bandar.
Sebanyak 12 sekolah menengah yang melaksanakan PdPR pula melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan; SMK Derma; SMK Putra; SMK Perlis; SMK Dato’ Sheikh Ahmad; Kolej Vokasional Kangar; SMK Syed Hussein; Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra; SMK Mata Ayer; Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Maad; SMK Syed Ahmad dan SMK Syed Sirajuddin.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial