KANGAR, 25 Nov (Bernama) -- Beberapa klinik kesihatan dan klinik desa di Perlis ditutup sementara kerana terjejas banjir.
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan klinik kesihatan itu ialah Klinik Kesihatan (KK) Kampung Gial, KK Arau dan KK Kangar.
Klinik desa terjejas pula ialah Klinik Desa (KD) Titi Tinggi, KD Titi Tok Bandar, KD Felda Mata Ayer, KD Padang Melangit, KD Abi dan KD Bintong.
Hantaran itu memaklumkan lokasi perpindahan perkhidmatan bagi KK Kampung Gial dan KK Arau ialah KK Beseri dan KK Pauh manakala KK Kangar ke KK Pusat Transformasi Bandar (UTC), KK Kuala Perlis dan KK Beseri.
Lokasi perpindahan perkhidmatan KD Titi Tinggi dan KD Felda Mata Ayer ke KK Padang Besar, KD Titi Tok Bandar (KD Behor Lateh), KD Padang Melangit (KK Beseri) serta KD Abi dan KD Bintong (KK UTC).
Orang awam boleh menghubungi Bilik Gerakan Banjir Pejabat Kesihatan Daerah Kangar menerusi talian 04-976 1388 sambungan 142 jika memerlukan maklumat lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial