AM > BERITA

Jadual Padat PM Anwar Di Sabah Hari Ini

27/11/2025 10:01 AM

KOTA KINABALU, 27 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempunyai jadual padat di sekitar Kota Kinabalu serta beberapa daerah berhampiran, merangkumi pelbagai program komuniti dan pertemuan dengan rakyat.

Lawatan beliau dimulakan dengan Temu Rapat Bersama Pimpinan Masyarakat Tempatan dan Sahabat Usahawan Tuaran di Dewan Kebudayaan Bajau Samah, Sulaman, Tuaran pada 10 pagi.

Selepas itu, Anwar dijadual menyertai program Temu Rapat PMX Sayang Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau di Kota Marudu, kira-kira 124 kilometer dari sini.

Anwar kemudiannya akan menghadiri Program Townhall PMX Bersama Anak Muda Inanam di BTC Bistro, Inanam pada 2.50 petang bagi mendengar aspirasi dan keperluan golongan belia.

Seterusnya, Perdana Menteri akan menghadiri Karnival Harapan Urang Sabah Petagas di Tanah Lapang Berhadapan Balai Polis Petagas pada 4.30 petang dan Jamuan Makan Malam Bersama Masyarakat Cina DUN Api-Api di Putera Ballroom, Luyang pada 6.30 petang.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dijangka melengkapkan lawatan beliau dengan program Grand Finale DUN Api-Api Bersama PMX di Tapak Parkir Stadium Likas di sini bermula 8 malam.

Sebanyak 1.76 juta pemilih berdaftar akan mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 Sabtu ini.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layar https://prn.bernama.com/sabah/index.php

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan