AM > BERITA

Ribut Petir Diramal Landa Banyak Kawasan Di Sabah Sabtu Ini

27/11/2025 08:12 PM

KOTA KINABALU, 27 Nov (Bernama) -- Cuaca di kebanyakan kawasan di Sabah pada Sabtu ini yang merupakan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, diramal mengalami ribut petir.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa hujan dijangka melanda di beberapa tempat pada waktu pagi.

Sementara itu, ribut petir diramal berlaku di kebanyakan tempat di kawasan pedalaman pada sebelah petang, manakala hujan dijangka melanda di beberapa tempat pada waktu malam.

Suhu maksimum sepanjang hari dijangka 21 darjah Celsius, manakala maksimum pula 31 darjah Celsius.

Sebanyak 1.76 juta pengundi akan mengundi pada PRN Sabah ke-17 Sabtu ini, yang mempertandingkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebanyak 882 pusat mengundi dengan 3,558 saluran akan digunakan pada PRN Sabtu ini.

Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan