AM > BERITA

Melaka Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Susulan Fenomena Air Pasang Besar

01/12/2025 06:16 PM

MELAKA, 1 Dis (Bernama) -- Kerajaan Melaka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan jangkaan fenomena air pasang besar di pesisir pantai negeri itu bermula hari ini hingga 9 Dis depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata semua agensi berkaitan telah dikerahkan untuk bersiap-siaga bagi menghadapi fenomena berkenaan.

“Kepada semua (penduduk di pesisir pantai), saya harap dapat bersabar (jika ditimpa musibah) kerana perubahan cuaca dan alam ini adalah di luar jangkaan kita,” katanya selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka bertemakan Peguam Syarie: Penggerak Keadilan Syariah di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka Azzeman Omar.

Pada majlis berkenaan, 55 peguam syarie dan lapan penerima tauliah khas menerima tauliah hari ini.

Antara kawasan berisiko tinggi mengalami fenomena air pasang besar di Melaka adalah Kampung Tanjung Bidara, Kampung Padang Kemunting, Kampung Telok Gong, Kampung Tanjung Dahan, Kampung Pengkalan Balak dan Kampung Kuala Linggi.

Kawasan lain membabitkan Kampung Pengkalan Rama, Pantai Puteri, Kampung Sebatu, Kampung Pantai Siring, Kampung Padang Temu Pantai, Pantao Kundur, Kampung Pulai, Banda Kaba, Kampung Lereh dan Alai Perdana selain Kampung Permatang, Kampung Umbai dan Parit China Pasir.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan