AM > BERITA

The Exchange TRX Sahkan Insiden Kebocoran Air Jumaat Lepas Berpunca Daripada Masalah Paip

01/12/2025 07:16 PM

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Pihak pengurusan The Exchange TRX mengesahkan insiden kebocoran air yang tular di media sosial hari ini berlaku pada Jumaat lepas berpunca daripada masalah paip.

The Exchange TRX dalam kenyataan hari ini memaklumkan kebocoran setempat itu berlaku kira-kira 6.30 petang berhampiran koridor Aras Concourse di pusat beli-belah berkenaan.

“Pasukan kami segera menangani perkara ini, melakukan kerja-kerja pembaikan yang diperlukan dan memastikan kawasan berkenaan selamat serta dibersihkan dalam tempoh 15 minit.

“Keselamatan dan keselesaan pengunjung tetap menjadi keutamaan kami, dan kami terus mengekalkan standard penyelenggaraan yang ketat di semua kemudahan kami,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, satu video tular di media sosial menunjukkan air mencurah dari siling sepanjang laluan di dalam pusat beli-belah, memaksa kakitangan keselamatan menutup kawasan terjejas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan