AM > BERITA

Agong Dimasyhurkan Sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia

03/12/2025 03:52 PM

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan dimasyhurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia.

Pemasyhuran itu dibuat ketika Seri Paduka Baginda menerima menghadap Ketua Pengakap Negara Mejar Jeneral (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin di Dewan Sri Bendahara Istana Negara, di sini.

Pada majlis berkenaan, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima persembahan Bintang Semangat Padi Emas Kelas Pertama daripada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Ahmad Shazilly Ismail Bakti, Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Zamani Tambichek dan Bendahari Majlis Pengakap Tan Sri Abdullah Taib.

Pemasyhuran Seri Paduka Baginda sebagai Penaung Pengakap dibuat selaras dengan Bahagian II, Seksyen 1, Perkara 11(1) dalam Dasar Pertubuhan dan Peraturan (POR) 2010 serta dibaca bersama Akta Parlimen 784, iaitu Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1968 (semakan 2016).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan