AM > BERITA

PLUS Laksana Lencongan Di Laluan Kulai-Sedenak

05/12/2025 12:54 PM

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan melaksanakan lencongan jalan secara berperingkat di laluan Kulai-Sedenak dari 8 hingga 11 Dis bagi membolehkan kerja pemasangan rasuk jambatan berhubung Projek Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng ke Senai.

PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan lencongan melibatkan KM 37.6 hingga KM 37.7 arah utara dan selatan dari 10 malam hingga 5 pagi.

“Ketika kerja dijalankan, kenderaan akan dilencongkan ke laluan paling kanan bagi mewujudkan zon kerja selamat di samping meminimumkan gangguan trafik kepada pengguna lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

PLUS memaklumkan projek itu akan memberi lebih keselesaan kepada pengguna pada masa akan datang.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan dengan menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini serta mematuhi papan tanda dan arahan petugas di lokasi kerja.

Untuk maklumat trafik semasa atau bantuan, pengguna boleh menghubungi pembantu Maya PUTRI, aplikasi X @plustrafik, mengikut paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi terpilih atau menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan