AM > BERITA

SUV Jatuh Gaung: Mangsa Dalam Perjalanan Pulang Urus Persiapan Kahwin

06/12/2025 06:49 PM

Sementara itu, isteri kepada Allahyarham Hassan, Che Norhashimah Hassan, 50, berkata beliau terkejut apabila dihubungi polis yang memaklumkan mengenai kejadian berkenaan kira-kira 8 malam tadi.

Che Norhashimah berkata suaminya merupakan Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir dan mereka kini dalam proses perceraian dan sudah hampir tiga bulan tinggal berasingan.

"Arwah adalah seorang guru dan ayah yang baik. Walaupun sedih, saya reda dengan pemergiannya dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.

Norhashimah yang juga seorang guru berkata jenazah suaminya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Kedai Menanti di Pasir Puteh, Kelantan.

Sementara itu di KOTA BHARU, ibu Hassan, Mek Som Ishak, 82, berkata dia tidak menyangka pertemuan dengan anaknya Jumaat lepas merupakan pertemuan terakhir mereka.

"Arwah pulang ke kampung minggu lepas untuk berbincang mengenai tarikh merisik pada 20 Dis ini dan saya juga belum pernah bertemu bakal menantu," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini.

Mek Som berkata pasangan itu ke Kuala Terengganu semalam dipercayai untuk membeli barangan persiapan perkahwinan yang akan berlangsung 25 Dis ini, berikutan beberapa pakaian termasuk baju Melayu ditemukan dalam nahas berkenaan.

"Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedai Menanti selepas solat isyak," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan