AM > BERITA

Empat Wanita Sesat Di Bukit Cherok Tokun Ditemukan Selamat

07/12/2025 11:09 AM

BUKIT MERTAJAM, 7 Dis (Bernama) -- Empat wanita yang dilaporkan sesat semasa mendaki Bukit Cherok Tokun di sini petang semalam, diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam operasi selama kira-kira lima jam, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan JBPM Pulau Pinang John Sagun Francis berkata operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.47 petang.

“Semua mangsa berusia 25 tahun sesat di dalam hutan dan seorang daripada mereka telah menghantar lokasi keberadaan melalui aplikasi WhatsApp.

“Dua mangsa ditemukan pada 8 malam manakala dua lagi pada 11.03 malam selepas operasi pencarian diperluas dan mereka dibawa turun dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata operasi yang turut melibatkan polis dan orang awam tamat pada 11.40 malam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan