EKONOMI > BERITA

123RF LANCAR KEUPAYAAN CARIAN VIDEO DIKUASAKAN AI DI AMAZON WEB SERVICES

08/12/2025 03:34 PM

Daripada Siti Noor Afera Abu

LAS VEGAS, 3 Dis (Bernama) -- 123RF, platform kandungan stok media yang berpangkalan di Malaysia, hari ini melancarkan ciri pemahaman video kecerdasan buatan (AI) generatif di Amazon Web Services (AWS), yang direka untuk meningkatkan carian video bagi pengguna di seluruh dunia.

Dalam ujian awal ke atas sampel lima juta video, ia menunjukkan ciri itu menggandakan ketepatan penerangan video dan meningkatkan kesesuaian carian, membolehkan sistem mentafsirkan kandungan video dan imej secara automatik menggunakan Amazon Nova.

“Pelaksanaan cara ini memberi manfaat khusus kepada pelanggan e-dagang 123RF, yang perlu mencari video atau imej yang sesuai dengan cepat untuk dipadankan dengan produk, secara langsung mempengaruhi jumlah produk yang dapat mereka senaraikan setiap hari,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena dengan AWS re:Invent 2025 di sini.

Platform itu memproses lebih tiga juta muat naik imej setiap bulan, dengan setiap aset melalui pengesahan pematuhan, hak cipta dan kualiti yang menyeluruh.

123RF telah mengubah operasi dan pengalaman pelanggannya, mengurangkan masa semakan kandungan sebanyak 92 peratus sambil membolehkan pelanggan mencari aset kreatif yang sempurna dalam masa 90 peratus lebih singkat, dengan ketepatan yang jauh lebih baik.

Bagi menyokong pertumbuhan pesat dan pengembangan global, platform itu memanfaatkan Amazon Bedrock dan Amazon Nova yang berfungsi secara bersama untuk meningkatkan skala operasi dengan cekap.

Ketua Pegawai Teknologi 123RF Phoebe Liew berkata teknologi AI yang dikuasakan oleh AWS kini mentafsir imej sama seperti yang manusia lakukan.

“Ini membantu pelanggan kami mencari apa yang mereka perlukan dengan lebih cepat, menghapuskan kandungan berganda dan mengenal pasti isu hak cipta yang berpotensi dengan ketepatan yang luar biasa, semuanya kerana AI memahami imej itu sendiri, bukan hanya melalui kata-kata yang menggambarkannya,” tambahnya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan