KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan agar beberapa perkara berkaitan reformasi institusi diberi keutamaan dan diusahakan dengan lebih tegas dalam masa terdekat.
Pengarah Komunikasi PH Datuk Fahmi Fadzil berkata mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mendalami dan meneliti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
Pada PRN Sabah ke-17 yang berlangsung 29 Nov lepas, calon PH Datuk Jamawi Ja'afar berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dengan majoriti 525 undi setelah memperoleh 5,064 undi, mengalahkan tujuh calon lain.
Selain itu, Fahmi berkata Anwar dan ahli-ahli Majlis Presiden turut membincangkan isu berkait urus tadbir kerajaan dan perkembangan ekonomi rakyat.
"Turut dibincangkan ikhtiar pelaksanaan manifesto serta reformasi institusi sepanjang tiga tahun mentadbir negara," katanya dalam kenyataan malam ini.
Fahmi berkata mesyuarat turut memutuskan satu Konvensyen PH akan diadakan pada suku pertama 2026 bagi menetapkan fokus keutamaan usaha reformasi serta hala tuju negara bagi tempoh dua tahun akan datang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial