AM > BERITA

Ahmad Zahid Merafak Sembah Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

11/12/2025 10:47 AM

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan Ke-80 baginda.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut menitipkan doa semoga Allah SWT melanjutkan usia baginda dalam keafiatan, kebahagiaan dan kebesaran, serta pemerintahan baginda diberkati dengan rahmat, kemuliaan dan kewibawaan yang berpanjangan.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat tiba ke Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-80 baginda di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Keberangkatan tiba baginda berdua turut diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan