KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memilih Kampung Sungai Lui, Batu 20, Hulu Langat, Selangor sebagai Kampung Angkat MADANI kementerian itu.
KBS dalam kenyataan hari ini memaklumkan program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Selangor, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Majlis Belia Daerah Hulu Langat serta persatuan belia dan komuniti setempat.
“Pelbagai kerja menaik taraf dan pembaikan infrastruktur telah dijalankan termasuk menaik taraf gelanggang serbaguna, menurap jalan dan parkir di masjid, menaik taraf pusat komuniti, baik pulih gelanggang silat berbumbung, baik pulih dewan serbaguna serta kerja-kerja pembaikan gelanggang futsal dan bola jaring.
“Selain pembangunan fizikal, pelbagai program pembangunan belia dan sukan juga telah dilaksanakan, antaranya program keusahawanan belia, sukan komuniti, aktiviti kesukarelawanan, latihan asas kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), klinik sukan, aktiviti seni dan muzik serta inisiatif Rakan Muda,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, program Kampung Angkat MADANI diyakini dapat memberi impak positif kepada komuniti Kampung Sungai Lui dengan penyediaan kemudahan lebih baik serta peluang pembangunan belia yang menyeluruh.
KBS turut berharap komuniti Kampung Sungai Lui dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan dan program yang telah disediakan serta terus bekerjasama bagi memastikan kesinambungan projek berkenaan.
"Dengan sokongan berterusan daripada semua pihak, KBS yakin Kampung Sungai Lui akan terus berkembang sebagai komuniti progresif, mampan dan sejahtera, selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk kesejahteraan masyarakat luar bandar," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial