JOHOR BAHRU, 23 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri Johor menasihatkan seluruh penduduk terutama di empat daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi sentiasa berwaspada dan peka terhadap perkembangan cuaca semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ini berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang dijangka berlaku bermula Jumaat ini hingga Isnin minggu hadapan.
“Kerajaan negeri melalui agensi berkaitan akan terus memantau situasi ini secara rapi...selain berada dalam keadaan siap siaga bagi memastikan keselamatan serta kebajikan Bangsa Johor sentiasa terpelihara," katanya menerusi hantaran dimuat naik di Facebooknya hari ini.
Beliau juga menyeru rakyat negeri untuk bersama-sama berdoa agar Johor terus dilindungi dan dijauhkan daripada sebarang musibah, serta dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh cuaca tidak menentu.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial