KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan bertekad memperkukuh dan mempercepat agenda pembangunan Sabah susulan pembentukan kerajaan negeri yang baharu.
Menerusi hantaran dalam Facebook hari ini, Anwar berkata usaha itu akan dilaksanakan melalui pelaburan strategik, ekonomi inklusif, pemerkasaan infrastruktur asas serta penciptaan peluang pekerjaan berkualiti, selaras dengan potensi sebenar negeri di bawah bayu.
“Sabah terus mengorak melangkah sebagai negeri yang lebih maju dan makmur di bawah Kerajaan MADANI melalui pelaksanaan dasar berteraskan komitmen terhadap MA63 (Perjanjian Malaysia 1963), pengurusan infrastruktur yang lebih berkesan.
“… serta pemerkasaan sektor teras seperti tenaga, pelancongan, pertanian moden, ekonomi biru, selain jaminan keselamatan dan kedaulatan yang lebih kukuh dan utuh,” kata beliau.
Anwar berkata semua inisiatif yang dirancang akan dilaksanakan dengan semangat kebersamaan, ketelusan dan tanggungjawab agar manfaat pembangunan dapat dinikmati rakyat Sabah secara saksama, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial