TOKYO, 26 Dis (Bernama-Xinhua) -- Seramai 15 orang cedera selepas seorang lelaki memasuki sebuah kilang di Wilayah Shizuoka, tengah Jepun pada Jumaat sebelum menyerang pekerja menggunakan pisau selain menyembur cecair tidak diketahui, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Satu panggilan kecemasan diterima kira-kira 4.30 petang waktu tempatan yang memaklumkan beberapa individu telah ditikam di sebuah kilang getah di bandar Mishima, Wilayah Shizuoka, selain terdapat cecair disembur di dalam premis berkenaan, menurut penyiar awam NHK yang memetik polis dan bomba.
Menurut jabatan bomba, 15 mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan sedar.
Polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kilang berkenaan, di lokasi kejadian atas dakwaan cubaan membunuh.
Menurut polis, suspek dilaporkan memakai sesuatu yang menyerupai topeng gas ketika melakukan serangan itu.
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial