AM > BERITA

Keputusan Rundingan Terengganu-FELDA Positif, Kata SUK

06/01/2026 03:36 PM

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Bernama) -- Rundingan antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengenai isu tanah ladang komersial berakhir dengan keputusan positif.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Zulkifli Ali berkata rundingan antara kedua-dua pihak, yang berlangsung sejak lebih sebulan lepas, berakhir semalam.

“Semalam dah bincang... sudah selesai... hasil positif,” katanya kepada pemberita di majlis meraikan beliau yang akan bersara wajib pada 9 Jan ini.

Beliau juga berkata kedua-dua pihak dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah yang diusahakan FELDA di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar selepas mendakwa ia telah diteroka tanpa pembayaran premium, cukai atau perkongsian keuntungan selama lebih 40 tahun.

Penyerahan notis terbabit dilakukan serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Terengganu melanjutkan tempoh remedi kepada FELDA selama sebulan sehingga esok susulan perkembangan positif hasil rundingan tersebut. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan