AM > BERITA

Ramalan Cuaca Signifikan Dengan Luruan Monsun Hingga 11 Jan

06/01/2026 10:36 PM

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan monsun dijangka berterusan sehingga 11 Jan ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dan barat Sarawak, selain angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

“Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah dikeluarkan bagi negeri Terengganu, utara Kelantan dan timur Pahang berkuat kuasa sehingga 8 Jan 2026, timur Johor berkuat kuasa daripada 7 hingga 8 Jan 2026.

“Manakala bagi barat Sarawak berkuat kuasa daripada 9 sehingga 10 Jan 2026. Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora juga dikemas kini berkuat kuasa sehingga 8 Jan 2026 bagi Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan