| BERITA TERGEMPAR | The Malaysia Economic Forum 2026 will be held on Feb 5 to strengthen the MADANI Economy narrative, ensuring inclusive and sustainable growth -- Economy Minister | |
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Sebanyak 1,783 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri dengan Sabah merekodkan pertambahan mangsa pagi ini.
Di SABAH, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 1,450 orang daripada 512 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS berbanding 1,429 orang daripada 504 keluarga direkodkan malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan peningkatan disebabkan pertambahan mangsa di Beaufort.
Beaufort merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 627 orang daripada 211 keluarga di empat PPS manakala Tenom (563 orang, 210 keluarga) dan Kota Belud (260 orang, 91 keluarga).
Di SARAWAK, JPBN memaklumkan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri menempatkan 308 orang daripada 99 keluarga berkurangan berbanding 332 orang daripada 109 keluarga pada petang semalam.
Mereka dari Kampung Kawang, Kampung Jenggalas, Kampung Rambai, Kampung Pintasan, Kampung Masjid, Kampung Kuala Lajung, Kampung Majelin dan Kampung Kelapa, Bekenu.
Di JOHOR, jumlah mangsa pagi ini ialah 25 orang daripada lapan keluarga berbanding 27 orang daripada sembilan keluarga, semalam.
Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata mereka dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu Lima ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.
“Amaran hujan berterusan dikeluarkan bagi Mersing dan Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata Sungai Benut di pintu air Parit Salleh, Pontian dan Sungai Muar di Jeti Sungai Tekam, Segamat berada pada paras amaran dengan bacaan 2.15 meter serta 3.46 meter.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial