AM > BERITA

Pasangan Panda Gergasi Baharu Diperkenalkan Kepada PM Anwar

10/01/2026 03:15 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Pasangan panda gergasi baharu Chen Xing dan Xiao Yue, hari ini diperkenalkan buat pertama kali kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP) Zoo Negara di sini.

Anwar tiba bagi menyempurnakan majlis pengenalan pasangan panda berkenaan pada kira-kira pukul 11.30 pagi.

Perdana Menteri turut meluangkan masa menandatangani buku pelawat serta meninjau ruang pameran panda berkenaan.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, timbalannya Syed lbrahim Syed Noh, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Pasangan panda gergasi Chen Xing (jantan) dan Xiao Yue (betina) tersebut tiba dari China pada 18 Nov 2025 dan sudah selesai menjalani tempoh kuarantin.

Pada Khamis lepas, Arthur memaklumkan PKGP akan dibuka kepada orang awam dalam masa terdekat.

Arthur berkata pasangan panda berkenaan merupakan ikon hubungan diplomatik antara Malaysia dan China dalam usaha mengukuhkan kerjasama kedua-dua negara, khususnya dalam bidang konservasi dan penyelidikan hidupan liar.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan