AM > BERITA

3,383 Mangsa Banjir Masih Berlindung Di PPS Sarawak, Sabah

10/01/2026 06:37 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Sebanyak 3,383 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak dan Sabah setakat petang ini, dengan kedua-dua negeri mencatatkan penurunan jumlah mangsa.

Di SARAWAK, jumlah mangsa berkurang kepada 3,019 daripada 888 keluarga, berbanding 3,031 orang daripada 876 isi keluarga pagi tadi. 

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri  (JPBN) Sarawak, kesemua mangsa ditempatkan di 40 PPS iaitu Serian sebanyak 23 PPS, Samarahan (empat), Balai Ringin (tiga), Miri (tiga), Bintulu (dua) serta  masing-masing satu PPS di Kuching, Simunjan, Gedong, Sibu dan Mukah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak hingga hari ini.

Di SABAH, mangsa banjir menunjukkan trend penurunan apabila 364 mangsa daripada 136 keluarga direkodkan, berbanding 462 orang daripada 157 keluarga pada pagi hari ini.

Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan dua PPS di Beaufort masih beroperasi iaitu Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon dan Dewan Sri Dayang Shahbandar Padas Damit.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan