KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Kementerian Luar mengesahkan tiada laporan diterima mengenai rakyat Malaysia yang terjejas secara langsung dalam serangan di Yala, Narathiwat dan Pattani di selatan Thailand, awal pagi Ahad.
Kementerian dalam satu kenyataan media menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau sedang melancong ke kawasan terlibat supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan yang mempunyai kawalan keselamatan yang ketat.
Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan serta sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi.
Kementerian turut menggalakkan rakyat Malaysia di wilayah berkenaan untuk mendaftarkan keberadaan mereka bagi memudahkan komunikasi dan bantuan segera sekiranya diperlukan.
Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsul boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di talian +(66) 74 316 274 atau +(66) 81 990 1930.
Selain itu, mereka juga boleh dihubungi melalui talian tambahan di +(66) 74 324 004 atau +(66) 74 312 353, atau melalui e-mel di mwsongkhla@kln.gov.my.
"Kementerian akan terus memantau perkembangan berkenaan dengan teliti dan akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial