KUCHING, 11 Jan (Bernama) -- Sebanyak 26 buah sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat memulakan operasi pada hari pertama sesi persekolahan esok kerana masih terjejas banjir, kata Pengarah Pendidikan Negeri Omar Mahli.
Beliau berkata hasil tinjauan yang dilakukan pada hari ini mendapati, tiga sekolah yang terjejas terletak di Daro, Mukah di Selangau, Sibu (4) dan Tatau,Sebauh di Bintulu (19).
“Sekolah yang terlibat ialah SK KG Pangtray, SK OK Selair, SJK (C) Chung Hua di Daro; dan SK Nangga Selangau, SK Kuala Lemai, SK Ulu Sg Arip dan SK St Mark di Selangau.
“Manakala 19 buah sekolah di Tatau dan Sebauh membabitkan SJK (C) Chung Hua Tatau, SJK(C) Chung San, SK Bukit Mawang, SK Hermanus Assan, SK Kuala Binyo, SK Kuala Kebulu, SK Kuala Muput, SK Kuala Sigu, SK Labang, SK Ng Penyarai, SK Ng Tau, SK Pandan, SK Rh Tayai, Sk Sebauh, SK Sg Bukit Balai, SK Sg Genaan, SK Sg Sebungan, SK Sg Sengian dan SK Sg Bagian,” katanya.
Beliau berkata sekolah tersebut tidak dapat beroperasi disebabkan kawasan sekolah yang masih digenangi air, selain jalan di kawasan kediaman atau kampung tidak dapat diakses kerana banjir.
Sementara itu, Omar berkata lapan buah sekolah di negeri itu dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu tujuh di Serian dan satu di Selangau.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial