AM > BERITA

The Westin Kuala Lumpur Perkenal Bufet Ramadan 2026 ‘Cerita Kita Di Ramadan’

19/01/2026 05:32 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Menjelang ketibaan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, The Westin Kuala Lumpur memperkenalkan bufet Ramadan 2026 bertemakan “Cerita Kita di Ramadan 2026”, yang mengangkat kehangatan nostalgia dan pengalaman berbuka puasa ala bazar tradisional.

Dalam kenyataan hari ini, hotel berkenaan memaklumkan bufet itu dirancang dengan teliti oleh Cef Eksekutif Arfizan Rahim bersama pasukan kulinarinya di The Living Room, dapur hotel yang diperakui halal.

“Para tetamu bakal disajikan dengan bufet yang pelbagai, menampilkan resipi kegemaran cef di samping hidangan klasik Ramadan yang sentiasa menjadi kegemaran.

“Tahun ini, suasana berbuka turut dimeriahkan dengan konsep bazar di kawasan al fresco, diiringi aroma masakan tradisional serta kepelbagaian rasa yang membangkitkan kenangan Ramadan,” menurut kenyataan itu.

Antara hidangan utama yang menjadi tumpuan ialah Kambing Tandoori Golek, Nasi Briyani Kismis, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Ayam Panggang, Salai Kuala Pilah dan Bubur Berlauk.

Bufet berkenaan turut menampilkan pelbagai pilihan lain termasuk Nasi Claypot Beraroma, Chee Cheong Fun, hidangan warung klasik, aneka lempeng, Sup Utara, aneka bakar serta snek jalanan popular, selain makanan laut di atas ais, pelbagai jenis ulam dan jeruk, hidangan panas, sajian Cina berkonsep wok-hei, kaunter masakan India serta pilihan hidangan Barat.

Menurut The Westin Kuala Lumpur, sudut rendang turut menjadi antara tarikan utama dengan sajian seperti Rendang Ayam Kampung Hijau, Rendang Daging Pahang, Rendang Udang Cili Padi dan Rendang Kupang, yang dihidangkan bersama lemang hitam, lemang puting, ketupat palas serta ketupat daun kelapa.

Pengalaman berbuka puasa itu dilengkapkan dengan pelbagai pencuci mulut tradisional Malaysia yang menjadi pelengkap sempurna hidangan Ramadan.

Bufet Ramadan ditawarkan pada harga RM238 bersih bagi dewasa dan RM119 bersih bagi kanak-kanak pada Jumaat dan Sabtu, manakala RM198 bersih bagi dewasa dan RM99 bersih bagi kanak-kanak dari Ahad hingga Khamis. Kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah menikmati hidangan secara percuma.

Hotel itu turut menawarkan promosi tempahan awal dari 12 Jan hingga 20 Feb 2026, dengan baucar berharga RM150 bersih bagi dewasa (Ahad hingga Khamis) dan RM180 bersih bagi dewasa (Jumaat dan Sabtu).

Diskaun tambahan sebanyak 15 peratus turut ditawarkan kepada ahli Marriott Bonvoy, Club Marriott dan pemegang kad bank terpilih, tertakluk kepada harga biasa.

Tempahan dan pertanyaan boleh dibuat melalui Westin Dining di talian +603 2773 8015 atau WhatsApp +60 12-305 1715, atau e-mel ke westindining@westin.com. Baucar juga boleh dibeli secara dalam talian di www.thewestinkleshop.com.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan