AM > BERITA

Tiga Rumah, Empat Kenderaan Di Taman Guar Perahu Terbakar

20/01/2026 11:06 AM

BUKIT MERTAJAM, 20 Jan (Bernama) -- Tiga rumah teres satu tingkat dan empat kenderaan terbakar manakala seorang lelaki pengsan akibat kejadian itu di Taman Guar Perahu, di sini awal hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Penanti, Bukit Mertajam serta Bandar Perda digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.29 pagi.

"Sebaik tiba, didapati tiga rumah telah terbakar. Sebuah kereta jenis Toyota Yaris dan sebuah motosikal Honda RS pula musnah 90 peratus manakala sebuah motosikal Honda Wave dan Suzuki masing-masing terbakar 10 dan 15 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditemukan berada di luar rumah dalam keadaan pengsan dan kemudian dihantar ke hospital oleh pasukan perubatan serta dilaporkan selamat.

Pasukan bomba katanya berjaya mengawal api kebakaran pada 3.56 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya pada 5.38 pagi.

Operasi tamat sejam kemudian manakala punca kebakaran sedang disiasat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan