KUCHING, 21 Jan (Bernama) -- Syarikat Penerbangan AirBorneo kini mengutamakan penambahbaikan dalam sistem operasinya serta penyampaian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) yang lancar bagi memastikan kesalinghubungan udara yang boleh dipercayai terutama di Sarawak dan Sabah.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata AirBorneo kini mengendalikan sebanyak 35 Sistem Penerbangan Penumbang (PSS) merangkumi 24 sistem utama yang diambil alih daripada Malaysia Airlines dan 11 subsistem dalaman, yang kesemuanya berfungsi dengan lancar.
“Meskipun beberapa proses masih dijalankan secara manual, sistem-sistem ini adalah stabil dan akan terus dipertingkat secara berperingkat untuk meningkatkan kecekapan serta kebolehpercayaan perkhidmatan,” katanya semasa melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini hari ini.
Beliau berkata AirBorneo juga berusaha meningkatkan kemudahan kepada penumpang termasuk perancangan untuk memperkenal kemudahan daftar masuk dalam talian sebagai sebahagian daripada penaiktarafan sistem yang sedang dijalankan.
“Bagi warga emas berusia 60 dan ke atas, mereka layak menikmati diskaun sebanyak 50 peratus di bawah perkhidmatan RAS di Sarawak dan Sabah.
“Ketika ini, daftar masuk bagi penumpang warga emas dikendalikan secara manual atau mereka boleh menghubungi pusat panggilan, dengan pilihan dalam talian akan diperkenal pada masa hadapan,” katanya.
Lee juga berkata Air Borneo akan memfokus kepada menstabilkan perkhidmatan sedia ada sebelum mengembangkannya kepada operasi serantau yang masih tertakluk kepada kelulusan kawal selia serta pematuhan keperluan industri penerbangan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial