KUCHING, 27 Jan (Bernama) -- Banjir di bahagian Samarahan pulih sepenuhnya selepas satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi, iaitu PPS Bangunan Masjid Lama, Kampung Seruyuk, ditutup pada 10 pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan kesemua 37 mangsa banjir daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS berkenaan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
PPS yang dibuka semalam itu menempatkan mangsa dari Kampung Seruyuk.
Banjir kali ini ialah gelombang kedua yang melanda Sarawak, selepas situasi sebelum ini pulih sepenuhnya pada 17 Jan lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial