AM > BERITA

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Enam Negeri Hingga 7 Malam Ini

31/01/2026 04:25 PM

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 3.20 petang ini memaklumkan ribut petir dijangka melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling di Selangor serta Kuala Lumpur.

Amaran itu turut melibatkan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak serta Cameron Highlands di Pahang.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya), manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan