AM > BERITA

RETI Perkenal Kursus AI Dalam Bidang Maritim, Minyak Dan Gas

04/02/2026 06:39 PM

Enam syarikat berkenaan ialah Emerald Insulation Services Sdn Bhd, Js Major Solution Sdn Bhd,  Suria Resort Management Sdn Bhd, TSMN (M) Sdn Bhd, Vesmatic Intergrated Solution Sdn Bhd, dan CKJ Engineering and Services Sdn Bhd.

Syafiq Asyraf berkata kursus terbaharu itu akan dijalankan dengan kerjasama Awantech Systems, iaitu satu daripada rakan kongsi utama Google dalam industri teknologi maklumat dan pengambilan pelajar kumpulan pertama dalam kursus AI di RETI dijangka pada September ini.

Selain itu, beliau berkata sejak lima tahun lepas, RETI telah menjalin kerjasama dengan 44 syarikat industri di seluruh negara dalam bidang minyak dan gas, maritim serta perhotelan bagi membuka peluang pekerjaan kepada penuntut di institusi berkenaan. 

“Kerjasama ini termasuklah menambah baik kualiti pendidikan dan kemahiran serta meningkatkan kebolehpasaran pelajar secara lebih berkesan dan berfokus, sekali gus membolehkan penuntut di institusi ini mendapat jaminan kerja.

"Pada masa ini, hampir 99 peratus siswazah yang tamat belajar mendapat peluang pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian dan ada juga antara mereka yang mendapat tawaran ketika sedang menjalani latihan industri," katanya. 

Beliau berkata RETI menawarkan enam program bagi sijil TVET, iaitu Deck Rating, Engine Rating, Catering Rating, Pipe Gas Insulation, Pipe and Rigger Fitter serta Basic Culinary.

Bagi peringkat Diploma pula, sebanyak sembilan program ditawarkan termasuk Diploma Pengurusan Maritim, Diploma Logistik dan Rantaian Bekalan, Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan