KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Malaysia dan Arab Saudi akan memeterai perjanjian kerjasama pertahanan sempena lawatan kerja Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke negara itu bermula hari ini.
Mohamed Khaled berkata beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan syarikat industri pertahanan Malaysia juga bakal dimeterai.
“Dalam lawatan ini, saya dijadualkan untuk pertemuan bilateral bersama Menteri Pertahanan Arab Saudi Putera Khalid bin Salman Al Saud,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Mohamed Khaled berkata lawatan itu turut merangkumi kehadiran beliau ke Pameran Pertahanan Dunia (WDS) 2026 yang berlangsung esok hingga 12 Feb ini di Riyadh.
Beliau yang tiba di Riyadh awal pagi tadi disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman serta Atase Pertahanan Malaysia di Arab Saudi Kolonel Din Izuan Mahar Afandi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial