KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah di pejabatnya di bangunan Parlimen.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membuka ruang perbincangan mengenai pengukuhan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perlis.
Beliau berkata perbincangan turut menyentuh keperluan mempergiat usaha membantu rakyat Perlis, dengan tumpuan kepada kesejahteraan hidup, peluang ekonomi serta pembangunan yang adil dan inklusif.
“Kerajaan MADANI akan terus komited memastikan setiap negeri diberi perhatian sewajarnya demi manfaat rakyat keseluruhannya,” kata Anwar.
Abu Bakar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis pada 28 Dis lepas, menggantikan ADUN Sanglang Mohd Shukri Ramli yang meletak jawatan kerana masalah kesihatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial