AM > BERITA

Kerajaan Terus Banteras Kegiatan Perjudian Haram - PM Anwar

11/02/2026 11:47 AM

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sehingga kini, hasil tindakan penguatkuasaan membanteras kegiatan berkenaan menyaksikan nilai rampasan mencecah berbilion ringgit.

Bagaimanapun, Anwar mengakui terdapat beberapa cabaran dalam usaha membendung kegiatan itu di negara ini.

“Cuma tidak mudah kerana judi dalam talian kadang-kadang berpangkalan di luar negara. Keduanya, mekanisme elektronik itu sangat canggih, dia boleh buka dan tutup dengan kadar yang segera,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) sama ada kerajaan melihat pembanterasan operator perjudian haram sebagai langkah pelengkap untuk menutup ketirisan hasil negara supaya usaha konsolidasi fiskal tidak bergantung kepada mengurangkan subsidi sahaja.

Mengulas lanjut, Anwar berkata selain langkah penguatkuasaan bagi menangani aktiviti perjudian haram, kerajaan juga memberikan tumpuan meningkatkan kebertanggungjawaban dan kesedaran rakyat terhadap perkara bertentangan dengan undang-undang negara.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan