AM > BERITA

Fahmi Ucap Selamat Menyambut Hari Radio Sedunia

13/02/2026 10:40 AM

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Radio Sedunia 2026 yang diraikan tanggal 13 Feb setiap tahun.

Menerusi hantaran di platform X, Fahmi turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga radio yang sentiasa memastikan komunikasi berkesan, menyampaikan maklumat bermanfaat dan tepat serta menyajikan hiburan berkualiti.

“Semoga radio terus menjadi medium yang dipercayai dalam menyatukan masyarakat, serta memperkukuh kefahaman dan keharmonian sejagat,” katanya.

Beliau turut memuat naik poster ucapan Kementerian Komunikasi seiring dengan tema sambutan kali ini iaitu “Radio dan Kecerdasan Buatan (AI)”.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan