AM > BERITA

Usaha Pastikan Rakyat Sabah Nikmati Hak Infrastruktur Asas Terus Diperkasa - PM Anwar

13/02/2026 12:18 PM

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan memastikan rakyat negeri Sabah tidak lagi dinafikan hak menikmati infrastruktur asas seperti air dan elektrik, dan usaha berkenaan terus diberikan tumpuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyatakan komitmen itu susulan kunjungan hormat Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di pejabat beliau semalam.

Anwar berkata kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan berhubung perancangan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri, kesejahteraan sosial serta kebajikan rakyat Negeri di Bawah Bayu. 

“Pertemuan ini mengukuhkan tekad bersama untuk membangunkan Sabah secara adil dan menyeluruh berpaksikan keperluan sebenar rakyat, agar kemajuan yang dikecapi benar-benar dirasai seluruh warga Sabah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan