AM > BERITA

Penamatan Kontrak Kakitangan Ikut Prosedur - UKM

13/02/2026 09:12 PM

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menekankan sebarang keputusan berhubung penamatan atau penyambungan kontrak kakitangan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang, kuasa statutori serta proses pentadbiran yang ditetapkan.

Dalam kenyataan hari ini, Pusat Komunikasi Korporat UKM memaklumkan universiti itu mengambil maklum penyebaran kandungan di media berkaitan isu pemecatan dan penamatan kontrak lebih 20 orang staf seperti yang dilaporkan.

Menurut kenyataan itu, sebagai institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) yang berteraskan integriti, akauntabiliti dan tadbir urus baik, UKM sentiasa mematuhi peraturan serta garis panduan pelantikan staf yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Setiap keputusan dibuat mengikut prosedur pelantikan kakitangan awam dan proses pusingan kerja melalui pertimbangan profesional serta menyeluruh, berdasarkan keperluan dan kelestarian organisasi jangka panjang,” menurut kenyataan itu.

Pusat Komunikasi Korporat UKM memaklumkan pihak universiti akan terus memberi tumpuan kepada tanggungjawab dan mandat sebagai antara IPTA di Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan