AM > BERITA

Ribut Petir Diramal Landa Tujuh Negeri Hingga 6 Petang Ini

14/02/2026 03:35 PM

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang diramal melanda beberapa negeri hingga 6 petang ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 2.30 petang ini memaklumkan, antara negeri yang terlibat ialah Kedah melibatkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Selatan.

Bagi negeri Perak, daerah yang dijangka terjejas termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.

Di Pahang pula, kawasan terjejas meliputi Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan dan Rompin.

Sementara itu, di Selangor, kawasan yang terlibat ialah Klang, Petaling dan Kuala Langat, manakala di Johor melibatkan Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas pula ialah bahagian Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau), Tawau serta Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan