AM > BERITA

34 Pemilik Premis Mohon Tangguh Pemindahan Ke Kompleks Raja Bot

18/02/2026 06:01 PM

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Sebanyak 34 pemilik premis di Lorong Haji Hussein, Chow Kit di sini memohon supaya arahan pemindahan ke Kompleks Pasar Raja Bot ditangguhkan sehingga projek pembangunan pasar itu siap sepenuhnya.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata rata-rata peniaga bersetuju untuk berpindah, namun mahu projek berkenaan disiapkan terlebih dahulu bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

“Sebelum berpindah ke lokasi baharu, Kompleks Pasar Raja Bot perlu disiapkan sepenuhnya kerana ia telah terbengkalai selama hampir 10 tahun. 

“Sekiranya peniaga kecil dipindahkan masuk pada waktu ini, tiada siapa yang mampu berniaga kerana kerja-kerja pembinaan masih berjalan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata perkara itu akan dibawa kepada Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.

Sebelum ini, timbul isu peniaga di Pasar Raja Bot atau lebih dikenali Pasar Chow Kit belum bersedia untuk berpindah ke Kompleks Pasar Raja Bot bagi penyusunan semula kerana bimbang jualan menurun akibat kekurangan pelanggan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan