AM > BERITA

Paras Empangan Stabil, Bekalan Air Berjadual Di Kluang, Pontian Ditangguh 48 Jam

19/02/2026 08:45 AM

JOHOR BAHRU, 19 Feb (Bernama) -- Pengagihan air secara berjadual atau Bekalan Air Berjadual (BAB) di daerah Kluang dan Pontian ditangguhkan selama 48 jam bermula tengah malam tadi.

Menurut Operator Air Johor Ranhill SAJ, penangguhan itu dilakukan susulan perkembangan positif paras empangan yang membekalkan air mentah kepada beberapa loji rawatan air di kedua-dua daerah berkenaan.

"Penangguhan BAB itu berkuat kuasa mulai 12 tengah malam tadi.

"Para pengguna di Kluang dan Pontian yang terkesan dengan pelaksanaan BAB sejak 7 Feb lepas akan menerima bekalan air secara berperingkat sepanjang tempoh penangguhan tersebut," menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook lewat malam tadi.

Menurut kenyataan itu, sekiranya paras air mentah kekal stabil selepas tempoh 48 jam, pelaksanaan BAB akan dihentikan sepenuhnya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut menasihati pengguna agar terus berhemat dalam penggunaan air dan menyimpan bekalan secukupnya sebagai langkah berjaga-jaga.

BAB mula dilaksanakan pada 7 Feb lepas, dengan bekalan air disalurkan selama 36 jam, diikuti 36 jam berikutnya tanpa bekalan air.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan