AM > BERITA

Sim Dimasukkan Ke Hospital Kerana Keletihan Melampau

20/02/2026 02:10 PM

GEORGE TOWN, 20 Feb (Bernama) -- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim dimasukkan ke hospital selepas mengalami keletihan melampau akibat jadual kerja yang padat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sim menerusi hantaran Facebooknya berkata selepas berminggu-minggu sibuk bekerja, akhirnya terpaksa masuk hospital pada hari keempat Tahun Baharu Cina.

"Doktor nasihatkan agar berehat untuk seketika, I'll be back soon, stronger! (Saya akan kembali tidak lama lagi, lebih kuat!) Jalan teruih..kebaikan akan menyusul selepas musibah," menurut Sim di hantaran Facebooknya hari ini.

Sementara itu, seorang pegawai medianya ketika dihubungi Bernama memaklumkan pihak mereka hanya dimaklumkan mengenai keadaan Sim selepas menteri berkenaan dimasukkan ke hospital.

Beliau yang enggan namanya ditulis berkata setakat ini keluarga Sim tidak mendedahkan secara terperinci punca menteri itu dimasukkan ke hospital namun dipercayai kemungkinan berpunca daripada keletihan melampau.

"Keadaan beliau tidak serius cuma terlalu letih," katanya dan menambah pihak keluarga mahu Sim diberi ruang untuk berehat sepenuhnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan