AM > BERITA

Masjid, Surau Di Parlimen Indera Mahkota Dan Kuantan Terima Sumbangan Ihya Ramadan

20/02/2026 08:44 PM

KUANTAN, 20 Feb (Bernama) -- Sebanyak 45 masjid dan surau kebenaran Jumaat di Parlimen Indera Mahkota serta 29 di Parlimen Kuantan menerima sumbangan Ihya Ramadan hari ini. 

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi dalam kenyataan berkata setiap masjid dan surau masing-masing menerima sumbangan RM5,000 serta RM3,000 bagi membantu melancarkan pelaksanaan program sepanjang Ramadan.

“Saya menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan beliau menyalurkan peruntukan ini melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bagi menyantuni keperluan institusi masjid dan surau di kawasan terbabit,” katanya.

Beliau berharap sumbangan itu dapat memperkukuh peranan institusi masjid dan surau sebagai pusat ibadah, perpaduan dan kebajikan masyarakat, sekali gus memastikan segala program dirancang sepanjang Ramadan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan memberi manfaat kepada qariah serta komuniti setempat.

Program Ihya Ramadan yang berlangsung di Masjid Taman Balok Makmur di sini turut dihadiri Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Mohammad Khairuddin Abdul Aziz. 

Majlis turut melibatkan tazkirah ringkas oleh Ustaz Uwais Al-Qarni Abdul Wahab yang menyentuh tentang kemuliaan dan kelebihan Ramadan. 

Dalam pada itu, Ahmad Farhan turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Masjid Taman Balok Makmur Roslan Awang dan jawatankuasa yang membantu menjayakan program tersebut.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan