KOTA KINABALU, 22 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang daripada 1,401 keluarga petang ini berbanding 5,141 orang daripada 2,160 keluarga 8 pagi tadi.
Menerusi kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, kesemua mangsa di Pitas, Paitan dan Tawau itu ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara.
Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,171 orang diikuti Paitan (850) manakala Tawau (245).
“Banjir di ketiga-tiga daerah itu telah menjejaskan 70 kampung,” menurut kenyataan itu.
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah petang dan malam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial