AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Sabah Kekal 5,017 Orang Setakat 8 Pagi Ini

24/02/2026 09:00 AM

KOTA KINABALU, 24 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah yang berlindung di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah terjejas di Sabah kekal 5,017 orang setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu melibatkan mangsa dari 86 kampung yang terjejas akibat banjir.

“Jumlah mangsa banjir di Pitas, Paitan dan Tawau tidak berubah sejak malam tadi, iaitu masing-masing sebanyak 2,701 orang, 2,071 orang dan 245 orang," menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah pagi, petang dan malam ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan