KOTA KINABALU, 24 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah yang berlindung di 35 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah terjejas di Sabah meningkat kepada 5,093 orang setakat 12 tengah hari ini berbanding 5,017 orang pada 8 pagi tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu menunjukkan sedikit pertambahan jumlah mangsa di PPS melibatkan dearah Pitas dengan 2,777 orang berbanding 2,701 orang pagi tadi.
“Jumlah mangsa di Paitan kekal 2,071 orang, dan Tawau juga tidak berubah dengan 245 orang," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa sebanyak 86 kampung terjejas banjir, manakala PPS di Paitan dijangka ditutup petang ini akibat banjir semakin pulih dan semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah pagi, petang dan malam ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial