AM > BERITA

Huawei Lancar Peranti Baharu Band 11, MatePad 11.5 Standard Edition Di Malaysia

25/02/2026 07:21 PM

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Huawei melancarkan dua peranti baharunya di Malaysia, HUAWEI Band 11 dan HUAWEI MatePad 11.5 Standard Edition, yang disasarkan untuk meningkatkan produktiviti, gaya hidup dan kesihatan pengguna.

Syarikat itu menerusi satu kenyataan berkata kedua-dua peranti tersebut direka bentuk untuk disepadukan ke dalam rutin harian pengguna, menyokong pengurusan tugas, jadual dan kesihatan peribadi.

HUAWEI Band 11 menampilkan reka bentuk yang lebih nipis dan ringan, berserta paparan kecerahan tinggi yang lebih besar untuk memberikan kebolehlihatan peranti yang lebih baik di bawah cahaya matahari.

Selain itu ia turut menawarkan fungsi pemantauan kesihatan termasuk penjejakan tidur lanjutan, analisis kebolehubahan kadar denyutan jantung (HRV), mengenal pasti emosi, penjejakan kitaran pintar dan amaran kesihatan proaktif.

"Peranti ini juga menyokong paparan digital di jam tangan pintar yang boleh disesuaikan dan merangkumi fungsi pembayaran QR E-dompet untuk transaksi Touch 'n Go," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, HUAWEI MatePad 11.5 Edisi Standard menampilkan Paparan HUAWEI FullView 11.5 inci dengan resolusi 2.5K, menyediakan visual yang dipertingkatkan untuk urusan kerja dan hiburan.

Tablet ini dilengkapi dengan WPS Office 3.0 tahap PC, HUAWEI M-Pencil (Generasi ke-3), HUAWEI Notes, GoPaint, fungsi berbilang tetingkap, audio empat pembesar suara dengan Histen 9.0 dan bateri 10,100 mAh yang disokong oleh HUAWEI SuperCharge 40W. 

Huawei berkata peranti itu direka bentuk untuk menyokong kerja, pembelajaran dan aktiviti kreatif sepanjang hari.

HUAWEI Band 11 berharga bermula daripada RM189 dan boleh dipesan terlebih dahulu, manakala HUAWEI MatePad 11.5 Standard Edition berharga RM1,299 dan boleh didapati di HUAWEI Experience Stores, Laman Web Rasmi HUAWEI dan kedai rasminya di platform Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Pelanggan akan menerima tawaran promosi termasuk jaminan APAC selama setahun dan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,305.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan