AM > BERITA

1,000 Pelajar India Parlimen Bagan Datuk Terima Bantuan Pendidikan

27/02/2026 07:19 PM

BAGAN DATUK, 27 Feb (Bernama) -- Hampir 1,000 pelajar India di Bagan Datuk hari ini menerima bantuan pendidikan berjumlah RM180,000 sumbangan pejabat Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, ketika menyampaikan bantuan itu berkata pendidikan menjadi keutamaan beliau sejak memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO di kawasan berkenaan pada 1982.

​”...dari segi bangsa, dari segi agama, dari segi bahasa, saya memberikan tumpuan kepada pelajaran, kepada pendidikan untuk mempertingkat taraf hidup anak-anak Bagan Datuk,” katanya pada majlis di Dewan Serbaguna Datuk Abdullah Ahmad, Hutan Melintang di sini.

Beliau juga berharap bantuan itu akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga ibu bapa dan guru.

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Arvend Applasamy pula berkata peruntukan itu termasuk sumbangan RM100 seorang kepada 200 pelajar pendidikan awal dan 691 pelajar SJK Tamil manakala 14 Persatuan Ibu Bapa dan Guru masing-masing menerima RM2,000 selain 10 unit komputer riba kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi.

“Bantuan ini bukanlah baharu, ia merupakan tahun keempat program sumbangan ini diadakan... kali ini ia dilakukan secara lebih menyeluruh kepada lebih ramai pelajar dan murid bagi mengurangkan beban kos pendidikan kepada ibu bapa,” katanya.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan