AM > BERITA

Anwar, Prabowo Bakal Adakan Pertemuan, Bincang Perkukuh Hubungan Dua Hala

04/03/2026 12:25 AM

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden   Indonesia Prabowo Subianto akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat, bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara negara berjiran itu.

Perdana Menteri berkata perkara itu antara yang dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin berkenaan menerusi perbincangan secara panggilan telefon hari ini.

“Sewaktu panggilan telefon bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto hari ini, kami sempat bertanya khabar serta bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan serantau.

“Kami juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi terus memperkukuh hubungan erat antara dua negara berjiran yang sekian lama terjalin atas semangat persaudaraan dan kerjasama strategik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan