AM > BERITA

Keputusan SPM 2025 Diumum 31 Mac

09/03/2026 09:40 AM

PUTRAJAYA, 9 Mac (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini.

KPM memaklumkan sebanyak 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

"Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM 2025 di sekolah masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh tersebut," menurut kenyataan KPM hari ini.

Bagi calon persendirian, KPM memaklumkan mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar bagi memperoleh keputusan peperiksaan.

Menurut kenyataan itu, pihak sekolah diminta memastikan pengurusan penyerahan keputusan kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my bermula 10 pagi, 31 Mac ini hingga 6 petang, 6 April.

KPM memaklumkan semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 dalam tempoh sama.

"Sistem ini akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 31 Mac ini. hingga 6 petang, 6 April ini," menurut kenyataan itu. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan