| BERITA TERGEMPAR | Super League: PDRM FC 1-6 Negeri Sembilan FC | |
KUCHING,13 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Bahagian di Kompleks Satria Pertiwi di sini.
Turut hadir pada mesyuarat itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud serta anggota Kabinet Negeri.
Mesyuarat selama kira-kira sejam itu adalah sebahagian daripada lawatan kerja Perdana Menteri ke setiap negeri bagi mengadakan perbincangan secara langsung dengan kepimpinan setempat mengenai projek pembangunan dan kebajikan rakyat.
Selain itu, ia menjadi platform penting dalam menyelaraskan perancangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri selain meneliti isu-isu semasa yang memerlukan perhatian serta tindakan segera.
Selepas mesyuarat berkenaan, Perdana Menteri dijadualkan meninjau Bazar Ramadan Sukma Ria di sini sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak, malam ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial